BIOGRAFI
IBNU BAJJAH
Nama
sebenar ialah Abu Bakar Muhammad Ibn Yahya ibn Al-Sai’gh Tujibi Al-Andalusi
Al-Samqusti, dan dia dikenali sebagai Ibn Bajjah atau di barat beliau dikenali
sebagai nama latinnya Avampace . Beliau dilahirkan di Saragossa andalus
(Sepanyol) , pada 475H(1082M) dan beliau meninggal pada 113H (1138M) di Fez
Maghribi.Pemikiranya jelas memiliki pengaruh terhadap Ibn Rusyd dan Albertus
Magnus . Ibn Bajjah hebat dalam pelbagai ilm iaitu Astronomi , Falsafah , Ahi
perubatan , Ahli fizik , Penyair , Komponius .Beliau juga handal bersyair dan
bermain gambus serta penghafaz Al-quran . Dalam bidang falsafah beliu terkenal
dengan teori tentang falsafah ketuhanan sehingga meletkkan beliau setaraf
dengan Al-Farabi dan Aristotle .
Selain
hebat dalam bidang ilmu dan falsafah , beliau juga turut melibatkan diri di
dalam bidang politik . Kehebatan dalam bidang kepimpinan mula terserlah ketika
beliau dilantik menjadi seorang menteri ketika era pemerintahan Abu Bakr Ibn
Tafalwit di tempat lahirnya sendiri di Saragossa .Pada mulanya Ibn Bajjah
bergiat sebagai penyair bagi pihak Al-Murabhitun yang dipimpin oleh Abu Bakr
lalu terus dijawatkan sebagai menteri kerana kehebatannya .
Pada
tahun 1118M (512H) Saragossa telah ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal dari
Aragon , lalu Ibn Bajjah pun berpindah ke Seville. Di Seville Ibn Bajjah
menjalankan tugas sebagai doktor dan beliau banyak menulis tentang ilmu logik
.Kemudian Ibn Bajjah berpindah ke Granada dan disana bliau berpindah ke Afrika
Utara , di pusat Dinasti Murabhitun. Akan tetapi cara pemikiran falsafahnya
sangat asing di kalangan masyarakat di sana dan bliau jga telah ditangkap oleh
Amir Abu Ishak Yusuf Ibn Tasifin yang membuat tuduhan Ibn Bajjah murtad dan
pembawa bid’ah .Tetapi tuahnya ada apabila Ibnu Rusyd pernah menjadi anak
muridnya dan beliau dilepaskan .Setelah kejadian itu , beliau meneruskan
perjalanannya ke Fez di Marocco .Di sana , beliau mendapat penghormatan yang
tinggi dikalangan Al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri untuk jangka waktu
yang panjang . Tetapi malangnya ,
kedudukan yang beliau perolehi telah menimbulkan rasa dengki dan iri hati dari
pelbagai pihak. Akhirnya pada bulan Ramadhan tahun 1138M (533H) , Menurut satu
riwayat beliau meninggal dunia akibat diracuni oleh seorang dotor yang bernama
Abu al-‘ala Ibn Zuhri yang berasa iri hati erhadap kecerdasan dan penguasaan
ilmu yang terdpat pada Ibn Bajjah . Beliau dimakamkan di samping makam Ibn
‘Arabi di Fez.
Ibn
Bajjah mempunyai dua orang pengikut .Mereka mempunyai banyak makumat latar belakang kehidupan Ibn Bajjah .
Mereka adalah Abu Hasan Ali Bin Abdul Aziz Bin Al- Iman dan Ibn Tufail .
KARYA & PENULISAN IBNU BAJJAH
Ibn
Bajjah banyak menghsilkan karya di dalam pelbagai bidang . Karya –karya yang
dihasilkan lebih kuran 31 karya . Karya asal beliau ditulis dalam bahasa Arab
dan diterjemah kepada bahasa Hebrew dan bahasa Latin .
Di
antara karya –karyanya yang terpenting ialah Risalah al-wida’al-Andalusia jilid
VIII 1943 , Risalah tadbir al- mutawwahid dengan judul al-Regimen del Soliterio
1944 , Risalah al- Ittisal al-Aql bil Insan , al-Andalusia jlid VII 1942 ,
Kitab an –Nafs , Komenter tentang ilmu logik al-Farabi , beberapa ulusan
terhadap buku falsafah hasil karya Aritotle , al-Farabi , Porphyurus dan
sebagainya , Risalah al-Akhlaq , Kitab al-Nabat ,al-Andalus jilid V 1940 , dan
Risalah al-Ghayah al-Insaniyah dan sebagainya .
Risalah
al-wia’ mengandungi tntang ketuhanan , kewujudan manusia , alam , serta huraian
mengenai kedoktoran dan perubatan .Risalah Tadbir al- Mtawahhid pula mngandungi
tentang pandangan beliau dalam bidang politik dan falsafah . Ia lebih
menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid .Risalah
al-ittisal al-Aql bil al-Insan mengandungi tentang perhubungan akal dengan
manusia serta huraiannya .seterusnya ,Kitab an-Nafs yang berkaitan tentang
persoalan yang berkaitan tentang jwa mansusia dengan tuhan dan pencapaian
manusia yang ertinggi dari kewjudan manusia (kebahagian ) .Persoalan ini banyak
dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani , oleh sebab itulah Ibn
Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle ,
Galenos , Al-Farabi dan Al-Razi.
SUMBANGAN DALAM BIDANG FALSAFAH
Sumbangan Ibn Bajjah dalam bidang falsafah boleh disama tarafkan
dengan Al Farabi dan Aristotle . Dalam salah satu bukunya yang
terkenal, Tadbir Al-Mutawahhid, ini kerana dalam bidang ini beliau telah mengemukan
suatu gagasan falsafah ketuhanan yang membawa maksud manusia boleh berhubung
dengan akal faal
melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia. Berkaitan
dengan teori ittishal tersebut, Ibnu Bajjah juga mengajukan satu bentuk
Epistomologi yang berbeza dengan corak yang dikemukakan oelh Al Ghazali di Dunia
Islam Timur. Jika Al Ghazali berpendapat bahawa ilham adalah sumber pengetahuan
yang lebih penting dan dipercayai, sebaliknya Ibnu Bajjah mengkritik pemikiran
tersebut dan menetapkan bahawa sesungguhnya berseorangan mampu pada puncak
pengetahuan dan melebur akal faal, bilamana ia telah bersih dari kerendahan dan
keburukan masyarakat.
Ibn Bajjah berpandangan, manusia boleh mendekati Tuhan melalui
amalan berfikir dan tidak semestinya berfikiran konservatif dengan mengatakan
mendekati Tuhan hanya dengan amalan tasawuf semata-mata seperti yang
dikemukakan oleh Imam
Al-Ghazali. Dengan ilmu dan amalan berfikir, segala keutamaan dan perbuatan
moral dapat diarahkan untuk memimpin dan mengusai jiwa.
Ibn Bajjah berpendapat lagi, seseorang itu harus mengupayakan
perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-sama dengan
masyarakatnya ataupun secara terpisah. Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas
dipengaruhi dengan idea-idea dari Al-Farabi.
Pemikiran lanjut mengenai falsafah Ibn Bajjah dapat terus diikuti dalam
teks Risalah al-Wida dan Kitab Tadbir Al-Mutawaahid yang secara umumnya merupakan
pembelaan dan sokongan kepada cetusan idea dan falsafah yang dikemukan oleh
al-Farabi dan Ibnu Sina
kecuali pada bab berkaitan perihal menyepi dan menyendiri.
Terdapat satu persamaan yang agak ketara antara al-Farabi dan Ibn
Bajjah iaitu dalam aspek meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka
hampir bersempendapat bahawa akal dan
wahyu merupakan
hakikat yang tidak dapat direnggang, dipisahkan walhal ia saling bersatu padu. Ibn
Bajjah berpendapat, dengan adanya akal dan wahyu, seseorang itu mampu mengenali
apa sahaja kewujudan samada tentang benda mahupun Tuhan.
Dari sudut moral, Ibn Bajjah berfilasafat bahawa antara tujuan
manusia hidup di dunia ini, adalah untuk memperoleh kebahagiaan. Untuk itu,
diperlukan usaha yang bersumber pada kemahuan bebas dan pertimbangan akal dan
jauh dari nafsu liar. Ibnu Bajjah mengelompokkan perbuatan manusia kepada
perbuatan haiwan dan perbuatan manusia. Watak sejati manusia pada hakikatnya
bersifat inelektual, yang merupakan karakteristik semua bentuk spiritual. Dan
hanya “manusia spiritual” inilah yang benar-benar dapat mengecapi kebahagiaan.
Ibnu Bajjah menyatakan bahawa kemajuan intelektual bukan semata-mata usaha
manusia tetapi disempurnakan oleh Tuhan dengan memasukkan cahaya ke dalam hati.
Pemikiran Ibnu Bajjah tersebut, menurut al Hanafi nampaknya telah mempengaruhu
Immanuel Kant, meskipun Kant telah menambah pemikiran-pemikiran baru yang
menyebabkan ia lebih maju dari Ibnu Bajjah.
Dari sudut politik pula, segelintir masyarakat beranggapan bahawa
Ibn Bajjah menginginkan seseorang menjauhkan diri dari masyarakat. Tetapi
sebenarnya Ibn Bajjah bermaksud bahawa seorang mutawwahid harus sentiasa
berhubungan dengan masyarakat. Ertinya, seseorang itu mampu menguasai diri dan
sanggup mengendalikan hawa nafsu, tidak terseret ke dalam arus perbuatan rendah
masyarakat. Dengan kata lain, ia harus yakin akan diri sendiri dan merasa
selalu bahawa dirinya contoh tauladan masyarakat, dan bukan tenggelam di dalam
arus masyarakat. Sebaliknya jika masyarakat tidak baik, maka seseorang harus
menyepi dan menyendiri. Ibnu Bajjah menyedari bahawa kalangan masyarakat yang
memiliki sikap dan perilaku mulia tidak ramai jumlahnya. Menurut beliau, mereka
yang mempunya sifat mulia ciri-cirinya adalah selalu menjaga kesihatan. Mereka
memerlukan sedikit pengetahuan tentang kesihatan agar dapat merawat dan menjaga
diri. Selain itu, kesederhanaan dalam kehidupan adalah salah satu ciri sifat
mulia. Hal ini kerana sesuatu yang tidak penting seperti kemahuan adalah bukan
tujuan utama bagi kehidupan seseorang individu. Ciri terakhir ialah sifat mulia
seseorang haruslah banyak bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan menjauhi
mereka yang mementingkan diri sendiri.
FALSAFAH IBN BAJJAH
Asas pemikiran Ibn Bajjah dapat dilihat daripada pandangan beliau
dalam berbagai –bagai bidang ilmu . Dalam ilmu logik , beliau berpendapat
bahawa sesuatu yang dianggap ada itu sama ada benar – benar ada atau sebenarnya
tidak ada , dan sekiranya ada , ia mngkin berupa benda atau sifat . Dalam hal
ini , ia sama ada diyakini ada atau ia satu kemungkinan . Ibn Bajjah berkata ,
bagi orag yang mengetahui logik , apa yang diyakini itulah sebenarnya satu
kebenaran , sedangkan sesuatu kemungkinan , ia mungkin benar dan mungkin juga
tidak .
Selain itu , Ibn Bajjah juga berpendapat terhadap benda dan rupa
merupakan campuran daripada pandangan –pandanagn Aristotle dan Plato .Bagi
beliau , tidak mungkin benda wujud tanpa rupa ,tetapi rupa tanpa benda mungkin
wujud . Jika tidak , bagaimana kita boleh menggambarkan sesuatu dalam bentuk
atau rupa yang berbeza – beza .
Berkenaan perihal akal pula , Ibn Bajjah berpendapat bahawa akal
boleh menjadikan manusia mengenali apa sahaja kewujudan sama ada benda atau
Tuhan .Asas yang digunakan olehnya dalam pertimbangan ini ialah materialistik .
Beliau berkata , akal bleh mengenali dengan sendirinya dan bukan dengan
dipengaruhi oleh kerohanian sebgaimana yang dikatakan oeh orang – orang tasawuf
. Beliau juga berpendapat , dengan ilmu dan amalan berfikir segala keutamaan
dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin serta menguasai jiwa .
Dengan , ia boleh menundukkan sifat kehaiwanan yang bersarang di dalam jiwa
manusia.
KESIMPULAN
Ibn Bajjah adalah seorang ahli falsafah serba boleh dari Sepanyol
.Beliau seorang yang memenuhi kesarjanaan Islam , iaitu mempunyai penguasaan
yang cukup dalam pelbagai bidang ilmu yang berfaedah .Beliau mewakili pada
zamannya di Andalus dan disanjung tinggi oleh para ilmuwan sehingga ke hari ini
. Walaupun meninggal dunia dalam usia yang muda , Ibnu Bajjah berjaya mengukir
namanya dalam sejarah sebagai seorang ahli falsafah yang serba boleh . Selain
menguasai ilmu falsafah , beliau juga mempunya pengetahuan yang luas dalam
bidang astronomi , fizik ,perubatan ,muzik dan sebagainya . Beliau juga
dianggap sebagai jambatan iaitu penghubung dintara Timur dan Barat . Ini kerana
, beliau berjaya menghubungkan ilmu – ilmu falsafah yang dipelopori oleh Plato
, Aristotle dengan pemikiran falsafah yang dibawa oleh Al-Farabi , Ibnu Sina
dan Al-Ghazali . Selai itu , Beliau juga berjaya melahirkan seorang anak didik
yang kemudiannya dikagumi di seluruh dunia sebagai seorang tokoh falsafah
terulung iaitu Ibn Rusyd. Kejayaan Ibnu Bajjah tidaklah sehebat ahli falsafah
yang lain tetapi ia adalah sesuatu yang patut dibanggakan dan dijadikan teladan
oleh kita semua.
1.Abdul Rahman Hj Abdullah . 2002 . Tradisi Falsafah Ilmu (Pengantar
Sejarah Dan Falsafah Sains ) . Pustaka Ilmi . Putrajaya . Kuala Lumpur.
2.Abdul Syamali . 1979 . Dirasat Fi
Tarikh Falsafah Arabiah Al-Islamiyah Wa Asari Rijaliha . Dar Sadir . Beirut
.Lubnan .
3.Ahmad Sunawari Long . 2008 . Sejarah
Falsafah Edisi Kedua . Universiti Kebangsaan Malaysia .Bangi .Selangor .
4.Daliba . 1995 .Tarikh Al-Falsafah
Al-Arabiah . Syarikah Al-Alamiyah Lilkitab . Beirut .Lubnan.
Ibn Bajjah . 1961 . Ilm Al-Nafs
.Pakistan Historical Society Publication .Pakistan .
5.Majid Fahri . 1968 . Rasail Ibn
Bajjah Al-Iahiyah . Istaz Al-Falsafah Al-Jamiah Al-Amerika . Beirut .Lubnan.
6.M . M. Sharif . 1982 . Islamic
Philosophy .The Octagon Press . London .
Mohd Ibrahim al-Fayumi . 1988 . Ibn
Bajjah Wa Falsafah Al-Ratirab . Dar Al-Jil . Beirut .Lubnan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan