Ahad, 20 Oktober 2013

TOKOH FALSAFAH ISLAM : IBNU BAJJAH




BIOGRAFI IBNU BAJJAH

Nama sebenar ialah Abu Bakar Muhammad Ibn Yahya ibn Al-Sai’gh Tujibi Al-Andalusi Al-Samqusti, dan dia dikenali sebagai Ibn Bajjah atau di barat beliau dikenali sebagai nama latinnya Avampace . Beliau dilahirkan di Saragossa andalus (Sepanyol) , pada 475H(1082M) dan beliau meninggal pada 113H (1138M) di Fez Maghribi.Pemikiranya jelas memiliki pengaruh terhadap Ibn Rusyd dan Albertus Magnus . Ibn Bajjah hebat dalam pelbagai ilm iaitu Astronomi , Falsafah , Ahi perubatan , Ahli fizik , Penyair , Komponius .Beliau juga handal bersyair dan bermain gambus serta penghafaz Al-quran . Dalam bidang falsafah beliu terkenal dengan teori tentang falsafah ketuhanan sehingga meletkkan beliau setaraf dengan Al-Farabi dan Aristotle .
Selain hebat dalam bidang ilmu dan falsafah , beliau juga turut melibatkan diri di dalam bidang politik . Kehebatan dalam bidang kepimpinan mula terserlah ketika beliau dilantik menjadi seorang menteri ketika era pemerintahan Abu Bakr Ibn Tafalwit di tempat lahirnya sendiri di Saragossa .Pada mulanya Ibn Bajjah bergiat sebagai penyair bagi pihak Al-Murabhitun yang dipimpin oleh Abu Bakr lalu terus dijawatkan sebagai menteri kerana kehebatannya .
Pada tahun 1118M (512H) Saragossa telah ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal dari Aragon , lalu Ibn Bajjah pun berpindah ke Seville. Di Seville Ibn Bajjah menjalankan tugas sebagai doktor dan beliau banyak menulis tentang ilmu logik .Kemudian Ibn Bajjah berpindah ke Granada dan disana bliau berpindah ke Afrika Utara , di pusat Dinasti Murabhitun. Akan tetapi cara pemikiran falsafahnya sangat asing di kalangan masyarakat di sana dan bliau jga telah ditangkap oleh Amir Abu Ishak Yusuf Ibn Tasifin yang membuat tuduhan Ibn Bajjah murtad dan pembawa bid’ah .Tetapi tuahnya ada apabila Ibnu Rusyd pernah menjadi anak muridnya dan beliau dilepaskan .Setelah kejadian itu , beliau meneruskan perjalanannya ke Fez di Marocco .Di sana , beliau mendapat penghormatan yang tinggi dikalangan Al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri untuk jangka waktu yang panjang .  Tetapi malangnya , kedudukan yang beliau perolehi telah menimbulkan rasa dengki dan iri hati dari pelbagai pihak. Akhirnya pada bulan Ramadhan tahun 1138M (533H) , Menurut satu riwayat beliau meninggal dunia akibat diracuni oleh seorang dotor yang bernama Abu al-‘ala Ibn Zuhri yang berasa iri hati erhadap kecerdasan dan penguasaan ilmu yang terdpat pada Ibn Bajjah . Beliau dimakamkan di samping makam Ibn ‘Arabi di Fez.
Ibn Bajjah mempunyai dua orang pengikut .Mereka mempunyai banyak  makumat latar belakang kehidupan Ibn Bajjah . Mereka adalah Abu Hasan Ali Bin Abdul Aziz Bin Al- Iman dan Ibn Tufail .

KARYA & PENULISAN IBNU BAJJAH
Ibn Bajjah banyak menghsilkan karya di dalam pelbagai bidang . Karya –karya yang dihasilkan lebih kuran 31 karya . Karya asal beliau ditulis dalam bahasa Arab dan diterjemah kepada bahasa Hebrew dan bahasa Latin .
Di antara karya –karyanya yang terpenting ialah Risalah al-wida’al-Andalusia jilid VIII 1943 , Risalah tadbir al- mutawwahid dengan judul al-Regimen del Soliterio 1944 , Risalah al- Ittisal al-Aql bil Insan , al-Andalusia jlid VII 1942 , Kitab an –Nafs , Komenter tentang ilmu logik al-Farabi , beberapa ulusan terhadap buku falsafah hasil karya Aritotle , al-Farabi , Porphyurus dan sebagainya , Risalah al-Akhlaq , Kitab al-Nabat ,al-Andalus jilid V 1940 , dan Risalah al-Ghayah al-Insaniyah dan sebagainya .  
Risalah al-wia’ mengandungi tntang ketuhanan , kewujudan manusia , alam , serta huraian mengenai kedoktoran dan perubatan .Risalah Tadbir al- Mtawahhid pula mngandungi tentang pandangan beliau dalam bidang politik dan falsafah . Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid .Risalah al-ittisal al-Aql bil al-Insan mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraiannya .seterusnya ,Kitab an-Nafs yang berkaitan tentang persoalan yang berkaitan tentang jwa mansusia dengan tuhan dan pencapaian manusia yang ertinggi dari kewjudan manusia (kebahagian ) .Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani , oleh sebab itulah Ibn Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle , Galenos , Al-Farabi dan Al-Razi
  

SUMBANGAN DALAM BIDANG FALSAFAH
Sumbangan Ibn Bajjah dalam bidang falsafah boleh disama tarafkan dengan Al Farabi dan Aristotle . Dalam salah satu bukunya yang terkenal, Tadbir Al-Mutawahhid, ini kerana dalam bidang ini beliau telah mengemukan suatu gagasan falsafah ketuhanan yang membawa maksud manusia boleh berhubung dengan akal faal melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia. Berkaitan dengan teori ittishal tersebut, Ibnu Bajjah juga mengajukan satu bentuk Epistomologi yang berbeza dengan corak yang dikemukakan oelh Al Ghazali di Dunia Islam Timur. Jika Al Ghazali berpendapat bahawa ilham adalah sumber pengetahuan yang lebih penting dan dipercayai, sebaliknya Ibnu Bajjah mengkritik pemikiran tersebut dan menetapkan bahawa sesungguhnya berseorangan mampu pada puncak pengetahuan dan melebur akal faal, bilamana ia telah bersih dari kerendahan dan keburukan masyarakat.
Ibn Bajjah berpandangan, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya berfikiran konservatif dengan mengatakan mendekati Tuhan hanya dengan amalan tasawuf semata-mata seperti yang dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali. Dengan ilmu dan amalan berfikir, segala keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin dan mengusai jiwa.
Ibn Bajjah berpendapat lagi, seseorang itu harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-sama dengan masyarakatnya ataupun secara terpisah. Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas dipengaruhi dengan idea-idea dari Al-Farabi. Pemikiran lanjut mengenai falsafah Ibn Bajjah dapat terus diikuti dalam teks Risalah al-Wida dan Kitab Tadbir Al-Mutawaahid yang secara umumnya merupakan pembelaan dan sokongan kepada cetusan idea dan falsafah yang dikemukan oleh al-Farabi dan Ibnu Sina kecuali pada bab berkaitan perihal menyepi dan menyendiri.
Terdapat satu persamaan yang agak ketara antara al-Farabi dan Ibn Bajjah iaitu dalam aspek meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir bersempendapat bahawa akal dan wahyu merupakan hakikat yang tidak dapat direnggang, dipisahkan walhal ia saling bersatu padu. Ibn Bajjah berpendapat, dengan adanya akal dan wahyu, seseorang itu mampu mengenali apa sahaja kewujudan samada tentang benda mahupun Tuhan.
Dari sudut moral, Ibn Bajjah berfilasafat bahawa antara tujuan manusia hidup di dunia ini, adalah untuk memperoleh kebahagiaan. Untuk itu, diperlukan usaha yang bersumber pada kemahuan bebas dan pertimbangan akal dan jauh dari nafsu liar. Ibnu Bajjah mengelompokkan perbuatan manusia kepada perbuatan haiwan dan perbuatan manusia. Watak sejati manusia pada hakikatnya bersifat inelektual, yang merupakan karakteristik semua bentuk spiritual. Dan hanya “manusia spiritual” inilah yang benar-benar dapat mengecapi kebahagiaan. Ibnu Bajjah menyatakan bahawa kemajuan intelektual bukan semata-mata usaha manusia tetapi disempurnakan oleh Tuhan dengan memasukkan cahaya ke dalam hati. Pemikiran Ibnu Bajjah tersebut, menurut al Hanafi nampaknya telah mempengaruhu Immanuel Kant, meskipun Kant telah menambah pemikiran-pemikiran baru yang menyebabkan ia lebih maju dari Ibnu Bajjah.
Dari sudut politik pula, segelintir masyarakat beranggapan bahawa Ibn Bajjah menginginkan seseorang menjauhkan diri dari masyarakat. Tetapi sebenarnya Ibn Bajjah bermaksud bahawa seorang mutawwahid harus sentiasa berhubungan dengan masyarakat. Ertinya, seseorang itu mampu menguasai diri dan sanggup mengendalikan hawa nafsu, tidak terseret ke dalam arus perbuatan rendah masyarakat. Dengan kata lain, ia harus yakin akan diri sendiri dan merasa selalu bahawa dirinya contoh tauladan masyarakat, dan bukan tenggelam di dalam arus masyarakat. Sebaliknya jika masyarakat tidak baik, maka seseorang harus menyepi dan menyendiri. Ibnu Bajjah menyedari bahawa kalangan masyarakat yang memiliki sikap dan perilaku mulia tidak ramai jumlahnya. Menurut beliau, mereka yang mempunya sifat mulia ciri-cirinya adalah selalu menjaga kesihatan. Mereka memerlukan sedikit pengetahuan tentang kesihatan agar dapat merawat dan menjaga diri. Selain itu, kesederhanaan dalam kehidupan adalah salah satu ciri sifat mulia. Hal ini kerana sesuatu yang tidak penting seperti kemahuan adalah bukan tujuan utama bagi kehidupan seseorang individu. Ciri terakhir ialah sifat mulia seseorang haruslah banyak bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan menjauhi mereka yang mementingkan diri sendiri.

FALSAFAH IBN BAJJAH

Asas pemikiran Ibn Bajjah dapat dilihat daripada pandangan beliau dalam berbagai –bagai bidang ilmu . Dalam ilmu logik , beliau berpendapat bahawa sesuatu yang dianggap ada itu sama ada benar – benar ada atau sebenarnya tidak ada , dan sekiranya ada , ia mngkin berupa benda atau sifat . Dalam hal ini , ia sama ada diyakini ada atau ia satu kemungkinan . Ibn Bajjah berkata , bagi orag yang mengetahui logik , apa yang diyakini itulah sebenarnya satu kebenaran , sedangkan sesuatu kemungkinan , ia mungkin benar dan mungkin juga tidak .

Selain itu , Ibn Bajjah juga berpendapat terhadap benda dan rupa merupakan campuran daripada pandangan –pandanagn Aristotle dan Plato .Bagi beliau , tidak mungkin benda wujud tanpa rupa ,tetapi rupa tanpa benda mungkin wujud . Jika tidak , bagaimana kita boleh menggambarkan sesuatu dalam bentuk atau rupa yang berbeza – beza .

Berkenaan perihal akal pula , Ibn Bajjah berpendapat bahawa akal boleh menjadikan manusia mengenali apa sahaja kewujudan sama ada benda atau Tuhan .Asas yang digunakan olehnya dalam pertimbangan ini ialah materialistik . Beliau berkata , akal bleh mengenali dengan sendirinya dan bukan dengan dipengaruhi oleh kerohanian sebgaimana yang dikatakan oeh orang – orang tasawuf . Beliau juga berpendapat , dengan ilmu dan amalan berfikir segala keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin serta menguasai jiwa . Dengan , ia boleh menundukkan sifat kehaiwanan yang bersarang di dalam jiwa manusia.

KESIMPULAN 


Ibn Bajjah adalah seorang ahli falsafah serba boleh dari Sepanyol .Beliau seorang yang memenuhi kesarjanaan Islam , iaitu mempunyai penguasaan yang cukup dalam pelbagai bidang ilmu yang berfaedah .Beliau mewakili pada zamannya di Andalus dan disanjung tinggi oleh para ilmuwan sehingga ke hari ini . Walaupun meninggal dunia dalam usia yang muda , Ibnu Bajjah berjaya mengukir namanya dalam sejarah sebagai seorang ahli falsafah yang serba boleh . Selain menguasai ilmu falsafah , beliau juga mempunya pengetahuan yang luas dalam bidang astronomi , fizik ,perubatan ,muzik dan sebagainya . Beliau juga dianggap sebagai jambatan iaitu penghubung dintara Timur dan Barat . Ini kerana , beliau berjaya menghubungkan ilmu – ilmu falsafah yang dipelopori oleh Plato , Aristotle dengan pemikiran falsafah yang dibawa oleh Al-Farabi , Ibnu Sina dan Al-Ghazali . Selai itu , Beliau juga berjaya melahirkan seorang anak didik yang kemudiannya dikagumi di seluruh dunia sebagai seorang tokoh falsafah terulung iaitu Ibn Rusyd. Kejayaan Ibnu Bajjah tidaklah sehebat ahli falsafah yang lain tetapi ia adalah sesuatu yang patut dibanggakan dan dijadikan teladan oleh kita semua. 

1.Abdul Rahman Hj Abdullah  . 2002 . Tradisi Falsafah Ilmu (Pengantar Sejarah Dan Falsafah Sains                ) . Pustaka Ilmi . Putrajaya . Kuala Lumpur.
2.Abdul Syamali . 1979 . Dirasat Fi Tarikh Falsafah Arabiah Al-Islamiyah Wa Asari Rijaliha . Dar                    Sadir . Beirut .Lubnan .
3.Ahmad Sunawari Long . 2008 . Sejarah Falsafah Edisi Kedua . Universiti Kebangsaan Malaysia                  .Bangi .Selangor .
4.Daliba . 1995 .Tarikh Al-Falsafah Al-Arabiah . Syarikah Al-Alamiyah Lilkitab . Beirut .Lubnan.
Ibn Bajjah . 1961 . Ilm Al-Nafs .Pakistan Historical Society Publication .Pakistan .
5.Majid Fahri . 1968 . Rasail Ibn Bajjah Al-Iahiyah . Istaz Al-Falsafah Al-Jamiah Al-Amerika .                        Beirut .Lubnan.
6.M . M. Sharif . 1982 . Islamic Philosophy .The Octagon Press . London .

 Mohd Ibrahim al-Fayumi . 1988 . Ibn Bajjah Wa Falsafah Al-Ratirab . Dar Al-Jil . Beirut .Lubnan.