Ahad, 15 Disember 2013

SeNyUmLaH!!!!




BANYAKNYA HAL YANG MENDUKACITAKAN (MASALAH), BUKANLAH PENYEBAB UNTUK BERMASAM MUKA PADA WAJAH SESEORANG ITU, SESUNGGUHNYA RASULULLAH S.A.W  ADALAH  INSAN YANG PALING BERAT (BANYAK) MENGHADAPI HAL YANG MENDUKACITAKAN AKAN TETAPI BAGINDALAH YANG PALING BANYAK SENYUM.

Kita  selalu berfikir mengapa ramai diantara manusia ataupun makhluk yang mempunyai akal dan yang boleh berfikir sentiasa menunjukkan reaksi muka mereka yang sangat cantik iaitu “ Masam”. Maksud saya disini mengapa mereka sering menunjukkan muka mereka yang penuh gundah gulana atau 1001 permasalahan. Adakah dengan menunjukkan wajah seperti itu, segalanya akan selesai ??. Atau adakah dengan bermasam muka ia akan member kesan yang baik kepada diri pemasam atau sebaliknya. Mari kita lihat hadis Rasulullah tentang senyuman.
Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu“.
Apa yang dapat dipetik dari hadis diatas ialah, kita perlulah senyum dan memaniskan muka dengan saudara kita. Dan senyum itu juga adalah salah satu cara kita bersedekah . Ia amat mudah dan tidak perlukan modal untuk melakukannya. Sudahkah anda melakukan senyuman pada hari ini?